rasa hati Abuya….
Tuesday, May 23rd, 2006
RASA HATI ABUYA
Hatiku tidak susah diwaktu aku dihina
Aku tidak bersedih di waktu aku menderita
Aku tidak sedih diwaktu aku disisih
Jiwaku tidak menderita
Ketika aku ditohmah dan difitnah
Aku tahu itu semua penghapusan dosa
Tapi aku sedihkan dosa-dosa yang aku lakukan
Orang yang sepertiku ini
Sudah pasti tidak terlepas dari padanya
Yang aku sedihkan kesalahan dan kesilapanku
Akan dosa-dosaku
Itu setiap hari memburuku
Aku takut pintu syurga tertutup buatku
Pintu neraka terbuka untukku
Aduh Tuhan, tidak ada erti kekayaan
Kalau dosa tidak diampunkan
Itulah yang menganggu selalu wahai Tuhan
Jiwaku tidak tenang dibuat oleh dosa
Dosa-dosa itulah yang menganggu fikiranku
Tuhan, Maafkan aku
Tuhan, Ampunkanlah aku
Kalaupun bukan dengan RahmatMu
Tapi dengan kemaafanMu
Rasa hati Abuya ketika melihat kesusahan
Aku mengharap Tuhan agar diizinkan
Bila ada orang yang ditimpa Dengan kesusahan
Terutamanya kawan-kawan seperjuanganku
Aku rasa bersalah tidak dapat memberi bantuan
Kalau ada orang yang miskin
Aku berdoa di dalam hatiku
jangan Engkau bertindak ke atasku
Diatas kesusahan mereka
Kalau kawan-kawanku mendapat nikmat dariMu
Aku turut rasa gembira seolah aku mendapat nikmat itu
Bila ada orang mencaci ku ataupun menghina diriku
Bukan hati tidak sakit tapi aku buat tak tahu
Atau buat tak peduli Atau dilupakan saja
Supaya sakit hatiku tidak berpanjangan
Kerana sakit hati itu fitrah semula jadi
Sekali sekala terutama selepas tahajud
Kudoakan kebaikan buat mereka
Jadi aku memaksa hatiku tak berdendam dengan mereka
Makin banyak ku mendengar orang menghina diriku
Kerja aku bertambah lagi menjadikan aku mendoakan mereka
Agar mereka dapat Petunjuk dari Tuhan
Untuk memujuk hatiku Supaya aku tak sakit hati
Aku bermujahadah Agar aku dapat mengikut sunnah nabi yang
Sentiasa mendoakan musuh dapat petunjuk
Rasa hati Abuya sepanjang hari..
Yang paling ku takutkan setiap hari berlaku
Aku syirik dengan Tuhanku Lagi jiwaku terganggu
Bila aku berpakaian, menaiki kenderaan atau menghadap hidangan Terbayang di fikiranku banyak orang yang terlibat
Dalam menyediakannya Aku merasa berdosa Aku merasa berdosa Kalau tidak mendoakannya
Disaat ku ingin tidur kuat ingatanku kepada Tuhan
Aku takut kalau ku mati Didalam kelalaian
Bila aku bangun tidur Aku merasa berdosa
Kalau tak bersyukur kepada Tuhan
Selepas itu aku berniat pada Tuhan Kalau aku di hari itu masih dihidupkan Tuhan
Aku berjanji dengan Tuhan Akan membuat kebaikkan
Yang sifat habluminallah Mahu pun habluminannas
Inilah janjiku kepada Tuhan