Archive for July, 2006

Inilah Janji Tuhan…

Saturday, July 29th, 2006

TAWARAN TUHAN UNTUK UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN…

Rasulullah dapat melahirkan didikannya
Sehingga mereka dipanggil sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabat itu murid-muridnya, pengikut-pengikutnya,
Setia hidup mati bersamanya,
Maka terjadilah kebangkitan Islam kali pertama yang luar biasa,
Dunia ini Tuhan serahkan kepada mereka,
Islam akan terjadi kebangkitan yang kedua,
Tetapi bukan Rasulullah pemimpinnya
Iaitu pemimpin umat Islam bayangan nabi
Digelar Imam Mahdi,
Murid-murid Imam Mahdi dipanggil Ikhwan dan Asoib
Akan dapat melahirkan watak-watak sahabat,
Secara umum mahupun secara khusus,
Secara khusus seperti watak Saidina Abu Bakar,
Watak Saidina Umar,
Watak Saidina Othman,
Watak Saidina Ali,
Watak sahabat-sahabat yang sepuluh,
Watak sahabat-sahabat yang empat puluh,
Watak sahabat yang tiga ratus tiga belas,
Tetapi sebelum kedatangan Imam Mahdi,
Didahului pemimpin bayangan Imam Mahdi
Yang disebut oleh hadis Putra Bani Tamim,
Atau mujaddid kembar Imam Mahdi,
Diberi gelaran Putra Bani Tamim mengikut lidah nabi,
Dia pemimpin bayangan Imamul Mahdi,
Murid-muridnya akan terjadi,
Watak-watak umum seperti sahabat nabi,
Semuanya akan menjadi pengikut Imam Mahdi,
Ada mempunyai peranan-peranan tersendiri,
Insya Allah kita kalau sampai ke hujung
dijamin Syurga sehingga dosa-dosa mereka
diampunkan kerana bersama Imam Mahdi,
Rebutlah peluang ini,
Kerana ia terjadi hanya seumur hidup sekali,
Iaitu dibawah pimpinan Imam Mahdi,
Kalau umat Islam faham ini,
Mereka akan bersungguh-sungguh mencari
Putra Bani Tamim sebelum Imam Mahdi,
Walaupun terpaksa merangkak di atas salji.

-Abuya Sulthanul Aulia’

Minda Abuyaku…

Saturday, July 29th, 2006

CARA UNTUK MENGENALI KESUKAAN SESEORANG

Kalau kita nak tahu seseorang itu apa kesukaannya,
Tidak perlu berkenal berlama-lama,
Sekalipun orang itu kita belum kenal dengannya,
Kalau kita berbual-bual dengannya sejam lamanya,
Kita kenal siapa dia,
Kalau boleh biarkan dia bercakap kita mendengar sahaja,
Apa yang dia banyak cakapkan,
Itulah dirinya,
Berdasarkan panduan Rasulullah menyebut
“Kalau seseorang itu suka sesuatu banyak menyebutnya”
Kalau di masa satu jam itu dia banyak bercerita tentang makan minum,
Itulah dia kesukaannya,
Kalau dia banyak menyebut duit dan kekayaan,
Itulah dia jiwanya,
Kalau dia banyak menyebut perempuan,
Itulah hobinya,
Kalau dia menyebut banyak kesusahan
Ertinya dia tidak sanggup menanggung penderitaan,
Kalau orang itu suka menyebut dirinya, kelebihannya
Dan kemampuannya,
Orang itu hidupnya suka orang memujinya,
Kalau orang itu suka menyebut kejahatan orang
Dan keburukan orang,
Orang itu adalah jahat, itu kaki mengumpat namanya,
Kalau ilmu dia suka menyebutnya,
Kalau suka membaca dan beritahu orang itu hobinya ilmu
Atau suka menunjuk-nunjuk ilmu,
Kalau orang itu menyebut Tuhan selalu,
Menyebut-nyebut dosanya, merasa lemah dan bersalah,
Selalu diulang-ulang perkataan itu di dalam perbualannya,
Menunjukan orang itu beragama,
Begitulah seterusnya kalau orang itu berkata
Di dalam perbualannya dengan kita
Banyak menyebut tentang sesuatu perkara,
Itulah kesukaannya,
Begitulah kita kalau hendak mengenali orang,
Sekalipun kita tidak kenal dia,
Kalau kita berjumpa dia dengar sahaja dia berkata-kata,
Cukup sejam sahaja,
Kita kenal siapa dia.

-ilmu hikmah Sheikh Imam Ashaari Muhammad AtTamimi-

keindahan seorang wanita

Saturday, July 29th, 2006

KEINDAHAN DAN KECANTIKAN SEORANG WANITA
_La Beaute reel d’une femme_

Malu pada seorang wanita itu sebenarnya di situlah letaknya keindahan
dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada
Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali perlu sahaja
Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang
atau memuji-muji diri dan keturunannya
Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan bahkan istiqamah ibadahnya
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga, macam menjaga keluarganya
Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita
yang boleh dipercaya
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka  dengan suaminya
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik, “Abang ke mana? Dari mana?
Buat apa di sana? Mengapa lambat balik?”
Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya, kalau dia bersalah cepat meminta maaf dengan suaminya
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang
dengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita
Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang

-khazanah Minda Al Fata AtTamimi-

Tuhan Isytihar Perang..

Tuesday, July 25th, 2006

Di akhir zaman ramai manusia yang pandai-pandai

Mereka pandai, dipandaikan oleh Tuhan

Tetapi mereka melupakan Tuhan

Orang yang melupakan Tuhan, dirinya menjadi Tuhan

walaupun tidak dilafazkan

maka Tuhan isytihr perang terhadap mereka yang pandai tetapi melupakan Tuhan

Tuhan hantar tentera angin untuk memusnahkan

Tuhan hantar tentera air untuk merosakkan

Tuhan hantar tentera gempa untuk menghancurkan bangunan

Tuhan hantarkan tentera yang sangat halus yang dikatakan kuman

Tentera kuman ini lebih memusnahkan mereka

Yang sudah melupakan Tuhan

Tentera ini tidak memusnahkan bangunan

Tetapi memusnahkan insan

Melalui tentera-tentera kuman ini, lahirlah penyakit-penyakit :

HIV, AIDS sakit jantung, kencing manis, barah, paru-pru berair dan lain-lain

Yang menakutkan dan mematikan

Datang lagi tentera-tentera Tuhan

Selesma burung (flu burung) namanya yang sangat menakutkan

Tuhan arahkan tentera nyamuk memusnahkan manusia, pnyakit "denggi" (DBD) namanya

Yang lebih cepat manusia terkorban

Dimana kepandaian manusia nak melawan kepandaian Tuhan??

Dimana kuasa manusia nak melawan kuasa Tuhan??

Tentera ini ia menyerang tidak mengenal bangsa

Bangsa yang kuat macam Amerika turut kena serang

tetapi tentera Tuhan ini mereka tidak dapat menghalang

Setiap hari manusia yang pandai-pandai pening kepala

Bila berhadapan dengan tentera Tuhan

Sekarang ini manusia di dalam ketakutan

macam tentera Tuhan menyerang

mereka tidak dapat melawan

Tapi manusia belum lagi insyaf dan surrender kepada Tuhan

mereka cuba cari jalan

Untuk mengatasi serangan Tuhan

Tapi makin mereka cari jalan mengatasi

maka tentera Tuhan makin galak menyerang

Keadaan ini Tuhan terus menyerang

menghantar tentera dengan berbagai-bagai jenis

yang tak dapat dihalang

Hingga lahirlah Imamul Mahdi

Orang simpanan Tuhan untuk akhirzaman

Barulah Tuhan meredakan terhadap insan

_Wali Agung Sheikhil Imamil Ashaari Ibni Muhammad AtTamimi_…

Ingatan dari Tuhan..

Tuesday, July 25th, 2006

TUHAN BERI PERINGATAN, MANUSIA MASIH BELUM SADAR….

Saya terlebih dahulu mengucapkan takziah dan rasa simpati yang amat dalam kepada seluruh korban yang meninggal dan menderita akibat Tsunami kedua ini. Saya doakan kematian itu adalah husnulkhatimah bagi yang muslim. Kepada yang masih hidup moga-moga mendapat ketenangan di dalam ujian Tuhan. Sebenarnya Tuhan bermaksud baik dengan Tsunami yang ditaqdirkan-Nya itu. Sekiranya kata-kata ini dan ulasan saya menyakitkan hati pembaca, saya mohon ampun dan maaf. Kebenaran itu sekalipun pahit wajib diperkatakan.

26 Desember 2004 adalah ketibaan Tsunami I di mana seluruh dunia terkejut dengan Tsunami yang mempamerkan diri yang maha dahsyatnya, amat mengerikan dan cukup menakutkan. Mayat-mayat bergelimpangan sepanjang Asia oleh sentuhan 10 menitnya! Tiba-tiba saja marah, meledak, menyerang, mengamuk, menggelepur hingga memusnahkan harta benda, mencacatkan manusia dan Tsunami, sebuah universitas baru muncul yang sangat mengajarkan manusia agar takut dengan Tuhan. Perasaan takut dengan Tuhan sebenarnya adalah ‘degree’ yang sangat diperlukan setiap insan. Mengapa?

Sebab logiknya begini. Seorang hamba di istana raja yang paling beruntung ialah hamba yang paling takutkan dan cintakan rajanya. Betul tidak? Dan sesungguhnya seorang hamba Tuhan yang menumpang di bumi-Nya yang paling akan berbahagia ialah yang paling takutkan Tuhan. Selain karena ia akan berjaya mematuhi segala undang-undang bilamana ia begitu berhati-hati dan takut yang menyebabkan Tuhan paling sayangkannya adalah karena ia merujuk kepada kata-kata Tuhan itu sendiri.

Kenapa Tuhan datangkan Tsunami kedua pula? Kita bertanya langsung dengan Tuan yang empunyanya, mengapa Tsunami II dilepaskan, Tuhan pun menjawab, alam kalau mau menguburkan sesuatu kaum dan bangsa akan memulakannya dengan menggoncang kuasa politiknya, menjatuhkan ekonominya lalu akhirnya didatangkanlah bencana besar yang mampu menjungkitbalikkan penduduknya, maka hancurlah mereka.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibu kota seorang Rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Dan tidak pernah pula Kami membinasakan kota-kota kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (Al Qashash: 59)

Dari Tsunami I, kita patut berterima kasih karena mengajarkan kita arti hidup. Kita seharusnya sudah berasa insaf dengan didikan Tsunami I. Kita seharusnya sudah mengubah kehidupan kita kepada satu hala tuju yang benar-benar menjadi destinasi hidup. Penangan Tsunami pertama sekalipun cuma 10 menit, cukup untuk membuatkan manusia mampu berkata:
“Tuhanku, kalau beginilah sudahnya, aku tiada pilihan melainkan menjadikan hidup semata-mata untuk mencari keredhaan-Mu dan keampunan-Mu. Aku sangat takut dengan kemurkaan-Mu yang tidak mampu dihalang walau oleh sebuah kuasa dunia. Aku takut dengan Neraka-Mu. Ya Allah, selamatkan aku!”

Tapi wahai Tsunami Tuhan, ramai manusia yang tidak suka denganmu. Mereka marah-marah dengan berbagai kata nista melalui belragai bahasa, gaya dan iramanya. Kritikan dan kebencian padamu terasa sekali dan begitu jelas di dada-dada media. Mereka menilaimu jahat dan tak berguna sama sekali. Namun ketahuilah dan percayalah bahwa ramai yang akur padamu.

Wahai Tuhan, tuan punya Tsunami II; izinkanlah saya menilai Tsunami-Mu begini:
Tsunami II juga tidak bersalah sedikit pun. Masa kan Tuhan bersalah? Sesungguhnya Tuhan Maha Adil, Sangat Pengasih Penyayang, Maha Lemah Lembut dan Sopan Santun sekali. Tuhan lahirkan setiap hamba-Nya ke bumi dengan nama-Nya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Cuma si hamba tidak perasan agaknya bahwa dia tercipta dari sebuah kasih sayang yang teramat besar dari Penciptanya. Kalaulah manusia tahu perihal cinta Tuhan ini, tentunya dia tidak sanggup melupakan Tuhannya itu setiap saat nafasnya. Oksigen yang dihirup setiap saat itu adalah kiriman kasih sayang dari Zat Tuhan kepada hamba-Nya. Sepatutnya hidupnya akan dihabiskan untuk Tuhannya itulah semata-mata. Tapi sayang manusia mensia-siakan cinta itu dan marah bila Tuhan menarik cintanya.

Sayang manusia tidak diajarkan itu semuanya, bahkan dia hidup pun dalam keadaan tidak tahu di manakah Tuhan itu hendak diletakkan dalam hidupnya. Jadilah Tuhan itu kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada, kadang-kadang perlu, kadang-kadang tidak perlu bahkan kadang-kadang percaya, kadang-kadang tidak percaya. Boleh saja manusia mengkritik Tuhan dan dikatakanlah Tuhan itu sesuka hatinya.

Wahai Tuhan kepada Tsunami II,
Maka demi tanggungjawab dan demi kasih sayang-Mu, Engkau sudah memberi peringatanMu kepada mereka dengan Tsunami I, baru dua tahun lalu tetapi mereka masih tidak takut pada-Mu. Kau perkenalkan diri-Mu dengan Tsunami I tetapi mereka macam biasa-biasa saja. Maka untuk itu, dibuat kejutan lagi agar manusia sadar dan kembali kepada-Mu. Adillah sungguh perbuatan tunjuk kuasa oleh-Mu Tuhan kepada makhluk yang sudah tidak kenal kasih sayang-Mu karena hidup yang tidak kenal diri dan tidak kenal Tuhan itu lebih bahaya dari kematian yang bergelimpangan.

Kalau manusialah ada orang yang sudah diberi surat amaran tetapi masih lagi tidak membuat apa-apa perubahan, maka sudah tentu diberhentikan kerja serta-merta. Peringatan 24 jam buang kerja. Tapi Tuhan Maha Sabar tunggu dia beri peringatan lagi dua tahun baru bertindak. Sebab Tuhan sifat-Nya tidak tercabar.

Sesungguhnya Tuhan tidak bersalah dengan Tsunami I dan II dan sesiapa pun tidak patut dipersalahkan. Kuasa Tuhan itu bila Dia hendak jadikan sesuatu janganlah dikesalkan karena tidak ada siapa pun mampu menghalangnya. Tujuannya bukan untuk menganiaya, cuma untuk membuatkan kita manusia sadar bahwa kita yang menzalimi diri sendiri.

Sebagai contoh, Tuhan hendak takdirkan hujan berlaku tanpa dapat dikesan oleh pusat ramalan hujan. Maka Tuhan lakukanlah kejadian-kejadian kepada manusia-manusia di pusat kaji cuaca itu yang membuatkan mereka tidak mampu mengesan hujan yang akan turun itu. Di hari lain Tuhan hendak takdirkan pula hujan turun dan dapat dikesan oleh manusia. Maka berlakulah dengan izin Tuhan, pusat ramalan boleh mengesan hujan yang akan turun.

Artinya turunnya hujan dan dapat mengesan atau tidak dapat mengesan itu semuanya berlaku dengan kuasa Tuhan. Janganlah hendaknya orang Islam beriktikad bahwa kejadian Tsunami itu kerja Tuhan, tapi manusia tidak boleh mengesan lebih dahulu itu bukan kerja Tuhan. Seolah-olahnya dia berfikir manusia ada kuasa untuk menentang kuasa Tuhan karena kuasa manusia itu bebas dari kuasa Tuhan. Dengan kata lain kalaulah manusia tidak tersilap pada hari itu nescaya kerusakan oleh Tsunami I dan II tidak begitu besar. Iktikad itu salah sekali. Berbagai-bagai usaha dibuat manusia untuk mengesan agar bencana Tsumani II dapat dikesan lebih awal untuk mengelakkan kehilangan nyawa manusia namun kita perlu ingat bahwa usaha-usaha yang Tuhan perintahkan itupun adalah tertakluk pada kuasa dan keizinan Tuhan. Takkan pula kita berfikir bahawa kuasa untuk berusaha yang ada pada manusia itu di luar kuasa Tuhan. Waliyazubillah.

Tsunami adalah hadiah terbaik untuk zaman ini. Hadiah yang cukup tinggi nilai-nilai kebaikan, yang cukup menguntungkan sekiranya pandai dimanfaatkan.

Kematian dan bencana yang begitu banyak dan besar adalah patut. Sebab setiap yang hidup perlu mati. Cara mati adalah sesuatu yang tidak boleh dirancang. Sebagai hamba, kita hanya kena setuju dengan keputusan Tuhan untuk mematikan kita bila dan bagaimana. Kalau takdirnya nanti kita mati dalam laut dan tidak boleh dijumpai, siapa pun tidak boleh persalahkan sesiapa. Mahkamah pun tidak boleh digunakan. Nanti bila dunia dikiamatkan, lagilah tiada siapa boleh uruskan mayat siapa-siapa. Semuanya keputusan muktamad Tuhan yang tidak boleh tidak. Moga-moga manusia faham tentang Tuhan ini. Moga-moga manusia boleh berfikir begini:

“Rupanya Tuhan itu sangat sabarnya sehingga 40 tahun sekali baru dihukum hamba-hamba-Nya yang tidak kisah dengan-Nya. Sedangkan kekasih-kekasih-Nya, para Nabi dan para Rasul selalu kena ujian yang teruk. Jadi kalau aku tidak boleh terimalah hukuman yang satu ini, jahat sungguhlah aku ini dan jauhlah dari menjadi kekasih Tuhan. Tentu marah lagilah Tuhan dengan aku dan manusia-manusia seperti aku ini.”

_Sheikh Imam Ashaari Muhammad AtTamimi_