Archive for December, 2006

hmm..

Saturday, December 23rd, 2006

Tuhan matlamat kita

Hidup ini matlamatnya adalah Tuhan. Tuhan itu untuk dibesarkan, disanjung dan dicintai. Untuk mendapatkan perasaan itu, Tuhan beri jalan dan tunjukkan cara supaya dapat melahirkan perasaan-perasaan itu ; ada yang berbentuk ibadah asas, sunat dan umum.

Yang asas iaitu melalui ibadah yang fardhu seperti solat, zakat, haji dan lain-lain. Semoga kita dapat melahirkan perasaan tadi iaitu rasa kebesaran Tuhan dan rasa hendak puji Tuhan melalui ibadah yang asas. Kalau yang fardhu tidak cukup untuk lahirkan perasaan bertuhan itu, ia boleh dilakukan melalui perkara-perkara sunat. Ibadah yang fardhu tidak boleh di ubah mengikut kehendak kita. Ia adalah ibadah yang tetap dan wajib dilaksanakan. Ia tidak boleh di ditambah. Orang tidak rasa puas melahirkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan itu melalui ibadah fardhu bolehlah ditambah dengan yang sunat.

Tuhan tahu ada orang yang hatinya asyik dengan Tuhan, sentiasa ingat kepada Tuhan. Jika dapat, hendaklah selalu bersama Tuhan. Ibadah yang fardhu tidak boleh ditambah bilangannya iaitu lima waktu sehari semalam. Kita tidak boleh solat fardhu 30 waktu semata-mata kerana ingin mendampingi Tuhan. Tidak boleh mengubah-ubah bagi yang fardhu. Perbanyakkanlah yang sunat bagi orang tidak merasa cukup untuk melahirkan perasaan kehambaannya dalam ibadah fardhu. Ia adalah ruang tambahan untuk melahirkan rasa hamba, cinta, takut dan lain-lain. Bagi orang yang ibadah fardhu pun sudah mengasyikkan jangan tambah fardhu tetapi tambah yang sunat. Begitulah yang fardhu dan sunat terbatas.

Selain dari fardhu dan sunat, ada ruang lain untuk yang mubah seperti makan, rehat, kerja dan lain-lain. ini jika tidak digunakan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, Allah masih memberi rukhsah atau pilihan kepada hamba-Nya samada hendak dilakukan atau tidak. Allah maafkan jika tidak digunakan perkara yang harus untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Sebaik-baiknya ruang-ruang ibadah yang harus juga digunakan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Cuma jangan digantikan dengan yang haram. Oleh itu selama 24 jam kita dalam beribadah kepada Tuhan. Itulah rahmat Tuhan agar hamba-Nya tidak berdosa. Allah telah menyediakan garis panduan dan peringatan. Terpulang kepada kita samada untuk melaksanakan atau tidak. Baiknya Tuhan kita….!

Di sini kita faham yang fardhu, yang sunat, yang mubah, semuanya dengan tujuan untuk taqarrub (mendekatkan diri) dengan Tuhan. Kalau mampu sehingga dapat merasakan kasih, takut, mabuk dengan Tuhan. Kalau hal2 itu tidak dapat datangkan perasaan-perasaan tadi, ibadah kita tiada bernilai di sisi Allah SWT. Solat,puasa, naik haji jadi debu, solat pun jadi debu sebab matlamat tidak sampai. Ibadah tidak sampai dapat melahirkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan.

Banyak orang yang faham tentang agama,tapi mreka tinggalkan Tuhan. Ketika solat pun manusia tinggalkan Tuhan. Lagilah, semasa cari makan, manusia mudah putus hubungan dengan Tuhan. Orang sudah tidak faham peranan ibadah itu untuk melahirkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Sebab itu solat banyak sekalipun tidak memberi kesan. Perangai tetap tidak berubah walaupun sudah banyak kali pergi umrah. Tuhan tidak menilai kepada banyak atau sedikit tetapi Tuhan menilai kesannya. Tuhan tidak menilai amalan lahir tetapi Tuhan melihat apa yang ada dalam hati kita. Ertinya, amalan lahir itu dapatkah melahirkan rasa cinta dengan Tuhan, rindu dengan Tuhan, rasa Tuhan itu hebat, terasa malu dan takut dengan Tuhan? Kalau rasa-rasa atau matlamat ibadah itu kita dapat, buat yang fardhu pun sudah memadai. Ertinya kalau kita tidak tahu peranan ibadah yang sebenar, jika kita ibadah pun dalam keadaan lalai. Jika tidak ibadah lebih-lebihlah lagi hati kita lalai dengan Tuhan. Ini adalah fitrah hati yang suka bergantung, memuja dan memuji satu kuasa yang luarbiasa iaitu fitrah bertuhan. Hati manusia akan mudah tersentuh bila diceritakan bab ketuhanan.

Oleh itu, dalam beribadah jangan mengejar fadhilat. Itu adalah hasil sampingan dalam ibadah. Kalau kita makan gaji, gaji asas kita mungkin 2jt saja. Bila kerja lebih masa, dapatlah tambahan 500ribu. Dalam ibadah tambahan menjadi 2jt 5rts ribu itulah fadhilat kerana kerja lebih dari masa yang diwajibkan. Ibadah asas mesti dilakukan. Jika tidak bagaimana kita hendak mengecapi fadilat ibadah? Ibadah yang sunat tidak ada erti jika yang wajib tidak dilaksanakan.

Orang kejar fadhilat mudah tertipu. Masyarakat digalakkan oleh ulama di akhir zaman ini, mengejar fadhilat ibadah sedangkan yang wajib pun tidak dilaksanakan. Masyarakat menjadi rusak. Contoh, kalau kita membaca Al Quraan. Kita mesti menanamkan dalam jiwa kita bawa setiap yang dibaca itu adalah sebagai lambang cinta Tuhan kepada kita. Allah kurniakan setiap perintah untuk diri kita dulu laksanakan. Bukan untuk diarah-arah orang lain supaya berbuat sedangkan diri sendiri tidak melaksanakannya. Kita tidak rasa ilmu al Quraan itu untuk kita tapi untuk orang. Peranan ibadah dan syariat ini telah diselewengkan oleh ahli-ahli agama.

Di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz, beliau telah Allah berikan peluang memerintah selama dua tahun. Selama pemerintahannya itulah juga beliau dikatakan oleh isterinya bahwa beliau tidak dapat melaksanakan ibadah yang banyak seperti khalifah-khalifah yang lain. Ini memanglah munasabah kerana seorang pemerintah mempunyai masa yang sangat terbatas di antara tanggungjawab dan bertaqqarub (mendekatkan diri) dengan Tuhan. Walaupun ibadahnya sedikit, Khalifah Umar Abdul Aziz ini mempunyai satu perasaan takutkan Tuhan bila hendak tidur. Beliau akan menggelupur takutkan Tuhan walaupun isteri ada di sebelah. Itulah kesan ibadah beliau yang sedikit. Hatinya sentiasa rasa malu dan takut dengan Tuhan. Hatinya sentiasa ingat Tuhan. Selama dua tahun zaman pemerintahannya, selama itulah beliau tidak pernah bersama dengan isterinya, Fatimah. (Hmm…)

Orang yang banyak amalan sedangkan hatinya tidak terasa takut dengan Tuhan, kesalahan itu adalah berat kerana tidak terasa berdosa. Kalau kita mencuri terasa berdosa sebab kesalahan itu boleh dinilai secara lahir. Orang yang beribadah kerana fadhilat, tidak akan dapat rasa dirinya hamba. Bahkan mungkin ia rasa layak untuk menerima ganjaran fadhilat itu. Fadhilat itu tujuannya hendak melahirkan rasa hamba. Benda yang halus dan tersirat ini sangat bahaya. Kalau hendak dinilai ibadah kita, itupun belum dapat menebus nikmat sebelah biji mata yang Tuhan berikan.

Berbuatlah kerana Tuhan. Apa saja yang kita buat samada menuntut ilmu, mengajar, berdakwah, berjuang, bertemu dan berbincang, biarlah kerana Tuhan. Selama ini apa saja yang kita lakukan tidak kerana Tuhan. Menuntut ilmu semata-mata kerana hendak pandai, hendak makan gaji, kalau tidak khatam Quran tidak boleh sunat. Sikap inilah yang mesti dibetulkan. Hidupkan semula apa yang diajar oleh Rasul. Semuanya kerana Tuhan. Sememanglah ianya sangat bertentangan dengan arus kehidupan manusia hari ini yang sangat condong ke arah keduniaan dan materialistik.

Orang dulu-dulu sangat menjaga hati agar tidak rusak dengan Tuhan. Kalau pakai baju, di dalam zuhud sementara pakaian luar sangat cantik untuk mengelakkan pujian orang atas kezuhudannya. Mereka lebih suka dikatakan sebagai orang yang berlalai dengan dunia dari pujian orang. Bimbang hatinya berbunga. Belajar saja tentang ilmu kesufian ini tidak cukup kuat untuk kita beramal jika tanpa pimpinan Tuhan. Ilmu saja tidak boleh menjadikan hati menggelupur takut kepada Tuhan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

Hati yang kenal Tuhan tidak akan tenang. Walaupun kadang-kadang kita bergurau dengan manusia tetapi perasaan kenal Tuhan itu terpaksa disimpan-simpan. Bergurau itu hak manusia lain terhadap kita. Khalifah Umar Abdul Aziz tetap menjalankan tugas pemerintahan kerana ia hak rakyat. Dia bersikap normal seperti manusia lain. Perasaan kenal Tuhan itu ditahan-tahan sehingga di malam hari sewaktu bersendirian di samping isteri, baru dapat dilepaskan perasaan takutkan Tuhan itu sehingga menggelupur.

Kalau kita sedar hakikat ini macamana hati kita hendak tenang. Walaupun kadang-kadang kita bergurau sebab itu hak manusia tapi dalam hati orang tidak tahu kalau kita kenal Tuhan. Sebab itu kita cerita kisah Umar ibnu Aziz. Perasaannya mesti sampai peringkat begitu kerana dia sedang berhadapan dengan dunia, harta, perempuan, dan lain-lain. Takut dengan Tuhan itulah baju kalis peluru untuk menangkis godaan dunia yang terlalu banyak. Sebagai pemimpin, pergi mana pun orang puji. Hati yang tidak kuat bergantung dengan Tuhan tidak akan boleh bertahan dan mudah kecundang serta berbunga. Rusaklah amalan.

Melihat perempuan saja adalah seperti satu tembakan kepada hati. Belum lagi berhadapan dengan godaan dunia yang lain. Kalau tidak ada baju kalis peluru yang tebal memang habis kecundang. Kita hendaklah takut pada Tuhan. Di waktu yang sama takut juga kepada isteri, pada harta, takut pada pakaian, kereta, takut pada jawatan kita, takut dengan pujian orang, takut tentang makan-minum, godaan anak dan isteri, kawan-kawan, waktu sihat, sakit dan senang kerana itu semua peluru dunia. Kalau badan tidak kalis peluru iaitu memiliki pakaian taqwa, kalau 1000 peluru dunia yang menembak mustahil satu tidak tembus. Kalau kena satu peluru dunia saja pun sudah cukup untuk menyebabkan hati kita mati. Ini peluru maknawi yang tidak nampak. Sejauh manakah ketaqwaan kita kepada Tuhan? Setebal manakah rasa kehambaan yang berada di dalam jiwa kita? Sedalam manakah rasa bertuhan yang dimiliki oleh hati kita hingga boleh menjadi baju kalis peluru kepada peluru-peluru dunia yang bertaburan menembak sasarannya setiap waktu dan ketika?

Keredhaan Tuhan itu penting. Buatlah apa saja asalkan mengharapkan keredhaan Tuhan. Kalau Tuhan redha yang lain tidak menjadi hal. Kita mesti buat sesuatu sehingga redha Tuhan kita perolehi. Mesti ikhlaskan diri sehingga apa yang dibuat itu semuanya dalam redha Tuhan. Untuk mendapat redha Tuhan memang susah. Carilah rahmat Tuhan. Rahmat Tuhan terlalu luas dan ia tidak mengira samada amalan besar atau kecil. Harapkanlah kepada rahmat Tuhan. Lupakan segala amal kebaikan yang kita lakukan.

Itulah tanda keredhaan Tuhan. Bisikkan kepada Tuhan, Aku membuat semua ini kerana aku hendak rahmat Engkau saja, wahai Tuhan. Itulah hati orang yang mencari keredhaan Tuhan melalui rahmat-Nya. Sebab itu Rasulullah diutus sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Memberi salam ke kanan selepas sembahyang adalah untuk memohon redha Tuhan untuk ke syurga. Ini bererti amal ibadah kita tidak ada erti dan sebarang nilai. Kita masuk syurga bukan kerana amal ibadah tapi di atas tiket redha dan rahmat Tuhan. Mintalah keredhaan Tuhan daripada kemurkaan-Nya. Bila Tuhan murka bererti neraka. Yang penting Tuhan redha sebab itu pohonlah keredhaan Tuhan walaupun pada ibadah sunat. Ini sangat penting supaya kita rasa bukan kerana ibadah kita selamat, tapi kerana redha Tuhan. Kalau Tuhan redha bererti berdosa pun tidak apa. Kalau Tuhan tidak redha, tidak buat dosa pun jadi masalah.

Dalam Al Quran Tuhan ada berkata, "Yang selamat ialah hamba-hamba Aku yang diikhlaskan oleh Tuhan." Tuhan tidak kata, "Yang selamat ialah hamba-hamba Ku yang ikhlas." Ikhlas itu adalah rahsia dan anugerah Tuhan. Tidak mampu hendak usahakan sendiri. Malaikat pun tidak tahu siapa yang ikhlas. Ikhlas itu ruh amal, jika tidak ikhlas tidak dikira beramallah. Kita tidak mampu hendak ikhlas kalau tidak diikhlaskan sendiri oleh Tuhan. Malaikat pun tidak tahu amalan yang dibawa itu ikhlas atau tidak. Hanya Tuhan saja yang tahu samada amalan itu ikhlas atau tidak. Muaz kata dia pun takut kerana tidak ada jaminan untuk berlaku ikhlas lalu dia bertanya kepada Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda, "Akan mudah bila Allah mudahkan."

Ia ada kaitan dengan Tuhan, dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan supaya seimbang dan kita tidak rasa putus asa. Saluran rahmat itu banyak. Rahmat itulah yang akan selamatkan kita. Sumber rahmat itu banyak sebab itu dikatakan orang masuk syurga dengan rahmat Tuhan. Jika atas dasar amalan hamba walaupun menggunung tidak mungkin selamat. Tuhan bagi jalan keluar dengan rahmatnya yang amat luas. Seorang hamba masuk syurga bukan kerana ibadah tetapi rahmat Tuhan. Rahmat Tuhan itu beribu-ribu. Contohnya, kita buat dosa itukan bahaya. Tapi bila kita mengeluh dengan dosa, itu rahmat. Ertinya, Tuhan berkata jangan buat dosa. Itu tidak mungkin berlaku kerana kita sentiasa buat dosa. Tapi bila kita terbuat dosa, kemudian mengeluh tentang dosa, di situ ada rahmat Tuhan.

Contoh lain, makan dengan orang soleh dan ulama ul amilin itu rahmat. Tolong orang susah juga rahmat. Mungkin nanti dia doakan kita. Untuk atasi susahnya untuk mendapat amalan yang ikhlas dan keredhaan Tuhan itu, Tuhan bagi banyak jalan untuk mendapat rahmat Tuhan. Kita tolong orang berjuang sedangkan kita tidak mampu, di situ juga ada rahmat Tuhan. Banyakkan selawat itu rahmat sebab Rasulullah SAW akan syafaatkan walaupun tidak khusyuk. Oleh itu, rahmat Tuhan itu bermacam-macam bentuk.

Walaupun dosa yang kita buat berat, tetapi bila datang tetamu, semua dosa itu terhapus. Ia seolah-olah najis yang menggunung hendak dibasuh dengan segelas air. Tuhan beri rahmat-Nya. Sebab itu mesti cari rahmat Tuhan. Zaman Rasulullah kalau rumah yang tidak pernah diziarahi tetamu, Rasulullah tidak mau masuk sebab rumah itu tidak ada rahmat Tuhan sebaliknya di dalam kutukan Tuhan.

Kita dimasukkan syurga atas dasar rahmat dan masuk neraka kerana keadilan Tuhan. Tetamu yang datang merupakan penghapusan dosa. Kalau kita hendak harapkan amal ibadah yang kita buat, tidak mampu hendak masuk syurga. Carilah rahmat Tuhan, walaupun perkara itu nampak kecil. Ada orang yang dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi anjing minum air di padang pasir.

Orang yang sibuk bekerja tetapi tidak dapat buat perkara-perkara sunat seperti wirid zikir, kemudian susah hati pula, itu lebih baik daripada orang yang berwirid zikir tetapi tidak susah hati. Tuhan akan beri rahmat untuk orang yang tidak dapat wirid tetapi susah hati. Orang yang amal ibadah banyak pun jika tidak ada rasa takut, itu lebih bahaya daripada yang kurang beribadah tetapi takut. Kadang-kadang tukang masak lebih selamat. Kalau Tuhan takdirkan kita boleh beribadah, boleh buat itu dan ini, apalah kita hendak bangga. Kita tetap hamba. Janganlah hendak berlagak sombong. Walaupun kita nampak megah tapi tidak ada apa yang hendak dibanggakan kerana kita hanya seorang hamba yang dhoif. Semuanya bergantung kepada kepada pemberian Tuhan.

Tafakkur adalah digalakkan kerana waktu itulah kita dekat dengan Tuhan. Kadang-kadang solat pun tidak mendekatkan hati kita dengan Tuhan. Waktu hendak tidur jika kita bertafakkur, hati lebih menggelupur takut dengan Tuhan dan lebih dekat dengan Tuhan daripada waktu bertahlil. Kadang-kadang waktu bertahlil pun hati tidak dekat dengan Tuhan. Oleh itu, di mana ada ruang dan peluang untuk rebut rahmat Tuhan, berbuatlah sekalipun amalan itu hanya kecil pada nilaian zahir. Ini adalah kerana jika Allah ikhlas amalan kita yang kecil itu, di situlah padangan dan keredhaan untuk kita yang bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak.

“artikel ini bagus banget. Tentu ia adalah buah fikiran dari seorang manusia pilihan Tuhan..bagus banget..moga2 Tuhan berikan kta kmampuan u boleh berbuat seperti yng ad di artikel ini, dgn berkat kekasih Tuhan tentunya.., aku yakin bahwa kebenaran itu 1, ia datang dari Tuhan dn pstinya ia diterima oleh fitrah manusia, kalau pun ada yng menolak b’arti ia menyangkal fitrahnya sendiri sbgai seorang hamba Tuhan. Ga ad dimanapun, siapa pun, kapanpun, hamba Tuhan yng ga perlu atau ngerasa ga kangen dngn Tuhan, kta semua rindukan Tuhan, tapi nafsu dn syaitanlh yng menghalang kta..

Thnkz ASZ-ku…. Makasih, makasih, makasih….”

menghargai Rasulullah…

Sunday, December 17th, 2006

siapa Rasulullah SAW?  manusia paling agung, paling bertaqwa, paling sabar, paling berkasih sayang, paling pemurah, paling pemaaf di sepanjang zaman… siapa yang menjadi pendampingnya? tentulah manusia yang juga luarbiasa, wanita pilihan Tuhan. Sydtna Khadijah, r.a, wanita tangguh luarbiasa, pengorbanannya atas segala apa yang ia miliki demi cintanya pada Allah dan RasulNya. kekuatan hati seorang Siti Khadijah melebihi 3x kuatnya seorang hati lelaki biasa. bahkan ketika beliau akan wafat, beliau berpesan kepada para sahabat, agar kalaulah nanti diperlukan alat-alat untuk membntu perjuangan Islam, ia membolehkan tulang-tulangnya digunakan untuk hal itu.. canggihnya pengorbanan yang seperti ini..kita? cinta antara Rasulullah dan Siti Khadijah bukan macam cinta antara sepsang suami istri biasa yg bukan Nabi ataupun Rasul, atapun wali Allah. tetapi cinta yang berdasarkan Tuhan dan ada cita-cita besar kepada perjuangan Islam, mereka menikah bukan kerna tuntunan nafsu, tetapi demi untuk melanjutkan bara api islam agar tetap terjaga dan kemudian lahirlah anak-anak yang suci dari dua orang manusia pilihan Tuhan, yang akan melanjutkan perjuangan kedua orang tuanya.

karena cinta atas dasar Tuhan itulah, Rasulullah sanggup menikahi janda-janda tua, dan berpoligami dengan beberapa wanita. bukan kerna nafsu! sangat jahatnya kita ni kalau kita beranggapan Rasulullah menikah dengan beberapa wanita adalah kena nafsu. artinya kita telah meremehkn wakil Tuhan. Nabi Allah. ntah bagaimanalah cara kita bertaubat, kalau sudah orang Tuhan yang dihina. karna kalau sudah begitu, bukan hanya kita tlah menghina Rasulullah, tapi kita telah menyatakan perang dengan Tuhan, ya kan? kerna Rasulullah kekasih Allah, siapa yang menghinanya b’arti menghina Allah, siapa yang membelanya, b’arti membela Allah. bukan masalah poligami atau tidaknya yang patut kita pertikaikan, sangatlah rugi apabila kita bertikai sesama kita umat Islam, karena 1 hal kecil aj. poligami kan hanya satu cabang daripada hukum hakam yang ada dalam islam. yang patut kita besarkan adalah Tuhan yang punya Agama ini, Allah Ta’ala, yang patut kita kampanyekan adalah bagaimana agar kita dapat cintakan Allah dan Rasul, bagaimana Islam yang indah dengan hiasan kasih sayang… sungguh kita rugi betul membuang2 masa u hal yang ga berfaedah, apalah lagi kalau ia sampai jatuh pada dosa, rugi 2x….

poligami tak poligami, bukan itu masalahnya. tapi apakah dengan berpoligami atau tidak, dari situ, mana yang dengan salah satu cara tsb kita bisa dapat Tuhan. adil dalam Islam bukan bagi rata. adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. dan keadilan yang tertinggi, yang patut kita tuntut pada diri kita ataupun org lain,adalah keadilan pada Tuhan. kita meletakkan Tuhan di tempat yang setingggi-tingginya di dalam hati kita. itu baru adil namanya!

jadi, kalaupun kita tidak setuju dengan poligami, ya sudah, tak perlu kita besar2kan, cukuplah untuk diri kita sendiri. tapi janganlah sampai kita juga menjadi penentang poliami, kerana syariat Tuhan. Tuhan mengizinkan dengan syarat2 dan kondisi tertentu. tidak semua orang sangup poligami. tetapi siapa yang berpoligami, terutamanya wanitanya, ia mendapat jaminan syurga Tuhan. kerna ia telah mampu meletakkan Tuhan di atas suaminya. itu wanita hebat. adapun kelebihan poligami, apabila salah seorang madu org yang berpoligami tersebut berbuat kebaikan, madu2 yng lain akan mendapat kebaikan juga dari pahala madunya tersebut. sebenarnya yang ada dalam Islam itu amatlah Indah, krana ia berasal dari Tuhan dan sesuai dengan fitrah manusia. ini terpulang kepada sjauh mana Islam kita dan sejauh mana hati kita terkait dengan Tuhan. oleh karna itu, carilah mursyid.

tulisan ini sy buat bukan karna ingin mendukung atau menentang salah satu pihak, tapi hanya krn ingin mengajak kita bersama untuk sangat menjaga adab kita pada Rasulullah SAW, manusia paling berjasa dalam hidup kita… mari kita perjuangkan Tuhan, atas dasar cinta dan takut denganNya..

maaf lahir batin…

Tuhanku…

Thursday, December 14th, 2006

quelque jours dernieres je sais que j’ai fait beaucoup de peches…Dieu, pardonnes moi…

Tuhan….beberapa masa ini, tlah banyak dosa terbuat, taubat dirangkai tapi ku ungkai dia kembali, ku buat kuhancurkan lagi taubatku itu,, kubuat kuhancurkan lagi.. Tuhan, ampunkan taubatku yang palsu, Tuhan maafkan ktidaksungguhan ku terhadapMu, ktidakseriusanku dengan Tuhan dan orangMu..

iringi kejahatan dengan kebaikan, ia dapat menghapuskan dosa.

begitulah pesanan Rasulullah pada kita. tapi, aku rasa ktika berbuat dosa, laju sangat, u menebusnya dengan berbagai kebaikan, dirasakan sangat susahnya, Tuhan.. ktika hati hendak serius dengan Tuhan, ktika hati ingin menginjak2 nafsu dalam diri, syaitan datang dengan penuh semangat, sambil berkata:hey, orang ni mau kembali pada Tuhan, ayo kita halang dia!!! nafsu, kamu ikuti aku ya!! kurang lebih bgitulah rasanya setiap saat hati kita ni menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan. hati lah yang akan dipersoalkan di alam kubur nanti, apa y dirasainya itulah y dimintakan pertanggungjawaban.. sedangkan hati kita, siapa yang tau? kita yg punya hati aja blum tentu fham.. hati raja dalam diri, hancur dia, yg lain akan turut hancur.. bgitulah hati.. azas dalam diri insan.. takkan selamat di akhirat kalau tak membawa hati yg selamat.. ga mungkin bisa ky gitu tanpa panduan seorang pemimpin hati. seorang wakil Tuhan. yang mengetahui perjalanan hati manusia, krna kebersihan hatinya yang luarbiasa dengan Tuhan. mursyid yang bertaqwa,,,

Tuhan, rasanya aku dah mendapatkannya.. trimaksih tlah membaginya kepadaku.. kurasakan ia sebgai tampat sharing terbaikkkkk… setianya luar biasa, tiada jemu, jenuh, lelah, pening walaupun curhatku tu keluh kesah..ia malah sebaliknya, membagi jalan keluar, memberi kasih sayang, panduan.. ujian menjadikan trasa manisnya iman dan kesusahan itu…

trimaksh guruku, Fata At Tamimi.. love u soooooo muchhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! je t’aime lah…

don’t leave me alone.. ne me laisse pas..jangan tinggalkan aku..!

rintihan hamba pada kasih Agungnya..

Thursday, December 14th, 2006

Tuhan! Setiap doaku Engkau dengarlah.

* Tuhan memang mendengar setiap rintihan hamba-Nya. Cuma kadang-kadang engkau sendiri yang tidak rasa Tuhan sentiasa mendengar apa sahaja yang terlintas di hati dan fikiran engkau.

Setiap permintaanku Engkau terimalah dengan redha. Setiap rintihanku dengan sebab dosa, hapuskanlah dosaku. Penderitaan jiwaku akan dosa dosa, kasihanilah aku. .

* Tuhan memang menerima setiap permintaan hamba-Nya. Doa itu senjata orang mukmin. Tuhan sangat suka mendengar rintihan hamba-Nya. Terutama hamba-Nya yang berdosa. Ia bagaikan nyanyian seorang kekasih terhadap orang yang dikasihinya. Tetapi pastikan engkau bertaubat atas dosa-dosamu dahulu. Kemudian lakukanlah sedekah untuk menebus kembali kesalahan yang telah dilakukan.

Setiap kesungguhanku bermujahadah Engkau kiralah Walaupun aku lemah, memanglah hamba-Mu lemah, maafkan aku. Kelemahan itu memang sifat hamba Di sinilah dengan rahmat-Mu Engkau maafkan selalu. Atau setidak-tidaknya dengan kemaafan-Mu, Engkau gugurkanlah dosa-dosaku.

Tuhan sangat mengambil kira tentang hamba-Nya. Setiap zarah kebaikan akan dihitung. Begitu juga setiap zarah kejahatan turut akan dihitung. Kesungguhan engkau bermujahadah, berhempas pulas dengan nafsu yang rakus dan ganas, Allah tahu dan akan menilai semua itu. Jika kita mengaku diri kita lemah, itulah sifat kehambaan namanya. Di situlah letaknya kasih sayang Tuhan. Dia mahu kita rasakan kita tidak punya apa-apa. Dan tidak ada kuasa apa-apa. Semuanya berjalan atas kehendaknya jua. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dosa dengan Tuhan, mudah bagi Dia untuk ampunkan tetapi dosa sesama manusia mesti diselesaikan di dunia lagi.

Aku bukan gembira dengan dosa-dosa yang aku lakukan. Tidaklah pula aku bangga dengan kebaikan yang aku buat. Apa yang berlaku itu ada maksud dari-Mu. Dengan dosa disuruh dukacita, begitulah sifat hamba. Dengan kebaikan disuruh bersyukur, kerana itulah anugerah kepada hamba.

Sepatutnya kita merintih bersungguh-sungguh atas dosa-dosa yang dilakukan. Menangis membasahi pipi seperti orang-orang soleh zaman dahulu. Engkau patut irihati pada mereka yang merintih pada Tuhan bersungguh-sungguh sehingga adakalanya airmata itu menitis ke bumi. Mereka merasakan kebaikan yang mereka lakukan adalah milik Tuhan. Ia berlaku kerana Allah yang mengkehendakinya begitu. Manusia tiada daya dan upaya tanpa keizinan Tuhan. Bersyukurlah jika dapat berlaku taat di kala orang lain ramai yang masih ingkar pada Tuhan.

Pimpinlah aku selalu di dalam kehidupan ini. Kerana kehidupan di dunia selalu sahaja menipu. Kalau Engkau tidak pimpin aku tidak ada ertinya hidup ini. Dan kecundanglah aku di akhirat sana.

* Allah akan menjadi pemimpin bagi orang-orang bertaqwa. Tuhan akan ajarkan engkau berbagai ilmu jika engkau mengejar taqwa. Engkau akan selamat jika engkau mengejar taqwa. Taqwa itu ialah engkau kekalkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam jiwamu setiap ketika walau di mana jua. Engkau akan dipimpin Tuhan menuju jalan-Nya dalam mencari keredhaan Dia di dunia dan Akhirat

>thanks Abuyaku…