Archive for January, 2007

Didikan Tuhan Terhadap Hamba-hambanya

Thursday, January 18th, 2007

Kerja Tuhan pada kita..

Kadang-kadang ujian kesusahan kepada seseorang hamba itu,

sangat mendidik dan menjadi pengajaran

Di situlah dia mendapat kesedaran, keinsafan dan kebaikan

Kesedaran dan keinsafan itu lebih besar ertinya

daripada kesusahan dan penderitaan

Kalau orang yang faham kesusahan dan penderitaan itu

tidak menjadi tekanan kepada jiwanya

Adakalanya kesenangan dan kemewahan itu

boleh membawa kelalaian dan kesombongan

Kelalaian dan kesombongan itu bukan lagi kebaikan

Kebaikan yang tidak menjadi kebaikan lagi pada seseorang

Kebaikan yang tidak membawa kebaikan,

itu merosakkan orang

Jadi kesusahan dan penderitaan tidak semestinya membawa kejahatan

Sepertimana kesenangan dan kemewahan tidak mesti membawa kebaikan

Kecuali orang yang benar-benar beriman,

Kesusahan dan kesenangan kedua-duanya membawa kebaikan

Kesenangan membawa keredhaan Tuhan,

kesusahan juga membawa keredhaan Tuhan

Tapi bagi orang yang lemah iman, atau tidak beriman

kedua-dua keadaan itu semuanya membawa kejahatan

Ujian kesusahan pun membawa kejahatan,

ujian kesenangan pun membawa kejahatan

Kedua-dua keadaan itu tidak membawa apa-apa kepada mereka

Bahkan mereka akan jadi perosak,

terutama kalau mereka kaya dan senang

Begitulah didikan Allah Tuhan kita kepada hamba-hamba-Nya

Hasil dan kesan didikan itu tidak sama

Kita tidak tahu dan tidak faham rahsia Tuhan,

di sebalik ujian yang diberi-Nya

"by ASZ"

rasanya, hati kta ni mmg mudah lalai ktka dpat kesenangan. tp ktk Tuhan  bg kesusahan demi kesusahan, brulah:Tuhan…..tolonglah, aku tak sanggup tanpaMu… sebenarnya rasa2 inilah yg Tuhan mau pada kta setiap waktu..

hikmah dari Tuhan

Thursday, January 18th, 2007

Setiap Kejadian Ada Hikmahnya

Selepas engkau berusaha belajar

Engkau tetap juga tidak menjadi orang pandai

Apakah engkau hendak menyoal Tuhan,

Mengapa engkau tidak dipandaikan?!

Allah lebih mengetahui dari engkau

Kalau engkau pandai engkau akan merosakkan diri engkau

Mungkin juga engkau akan merosakkan masyarakat engkau?!

Setelah engkau berusaha mencari kekayaan

Namun engkau miskin juga

Jangan tanya Tuhan mengapa engkau dimiskinkan?!

Allah membuat ada ukuran, ada didikan, ada pengajaran untuk keselamatan

Kalau engkau rosak juga

Ertinya engkau tidak pandai menerima keadaan

Apabila engkau sakit-sakit sahaja selepas engkau berusaha untuk sihat

Jangan rasa tidak senang dengan Tuhan

Tuhan Maha Bijaksana dari engkau

Sihat kan lebih baik?

Itu rasa engkau dan kehendak engkau

Tapi Tuhan Maha Mengetahui

Kalau engkau sihat engkau lebih jahat

Sakit itu padanlah bagi engkau

Kalau engkau rakyat jelata, tidak berpangkat, tidak berkuasa

Engkau bersedih dan merintih

Kesal tidak berkesudahan

Tidak redha dengan Tuhan

Kedudukan engkau itu padanlah dengan engkau

Mana engkau boleh jamin

Kalau engkau berpangkat dan berkuasa

Engkau berlaku adil

Apa jaminan engkau tidak menyalahguna kuasa bila berkuasa

Jika engkau selalu sahaja ditimpa bala bencana

Redhalah

Di situ mesti ada kebaikannya, percayalah

Kalau Allah tidak lakukan begitu kepada engkau

Mungkin engkau menjadi penzalim dan pengacau

Justeru itu redhalah dengan ketentuan Tuhan engkau

Allah tidak lakukan sesuatu dengan sia-sia

Allah tidak main-main dengan ciptaan-Nya

Setiap apa yang dilakukan-Nya

Ada hikmah, ada pendidikan dan ada pengajaran

Allah Maha Mengetahui

Kita tidak mengetahui 

"aku kagum betul dg rasa hati Abuya ni,mg dpt brperasaan bgitu….."

sajak Abuyaku..

Thursday, January 18th, 2007

Syukur Dan Taubat

Aku syukur padaMu Tuhan

di atas segala nikmat yang Engkau beri

aku bersyukur kepadaMu lagi

di atas kesyukuran itu

kerana syukur itu satu nikmat

yang bersifat maknawi dan rohani

ia adalah satu pemberian

syukur di atas kesyukuran.

Begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosaku

seterusnya aku bertaubat

di atas taubat-taubatku yang palsu

ertinya taubatku memerlukan taubat lagi

taubat di atas taubat

begitulah yang aku harapkan padaMu,

ingatkan aku bahwa syukur itu

adalah satu nikmat dan anugerahMu

agar aku bersyukur di atas kesyukuran itu

seterusnya ingatkan aku

bahwa taubatku adalah palsu

agar aku bertaubat di atas taubat itu

moga-moga aku tidak menipu diriku.

-Abuya ku…