Minda Abuyaku…

July 29th, 2006 by adorerdieu

CARA UNTUK MENGENALI KESUKAAN SESEORANG

Kalau kita nak tahu seseorang itu apa kesukaannya,
Tidak perlu berkenal berlama-lama,
Sekalipun orang itu kita belum kenal dengannya,
Kalau kita berbual-bual dengannya sejam lamanya,
Kita kenal siapa dia,
Kalau boleh biarkan dia bercakap kita mendengar sahaja,
Apa yang dia banyak cakapkan,
Itulah dirinya,
Berdasarkan panduan Rasulullah menyebut
“Kalau seseorang itu suka sesuatu banyak menyebutnya”
Kalau di masa satu jam itu dia banyak bercerita tentang makan minum,
Itulah dia kesukaannya,
Kalau dia banyak menyebut duit dan kekayaan,
Itulah dia jiwanya,
Kalau dia banyak menyebut perempuan,
Itulah hobinya,
Kalau dia menyebut banyak kesusahan
Ertinya dia tidak sanggup menanggung penderitaan,
Kalau orang itu suka menyebut dirinya, kelebihannya
Dan kemampuannya,
Orang itu hidupnya suka orang memujinya,
Kalau orang itu suka menyebut kejahatan orang
Dan keburukan orang,
Orang itu adalah jahat, itu kaki mengumpat namanya,
Kalau ilmu dia suka menyebutnya,
Kalau suka membaca dan beritahu orang itu hobinya ilmu
Atau suka menunjuk-nunjuk ilmu,
Kalau orang itu menyebut Tuhan selalu,
Menyebut-nyebut dosanya, merasa lemah dan bersalah,
Selalu diulang-ulang perkataan itu di dalam perbualannya,
Menunjukan orang itu beragama,
Begitulah seterusnya kalau orang itu berkata
Di dalam perbualannya dengan kita
Banyak menyebut tentang sesuatu perkara,
Itulah kesukaannya,
Begitulah kita kalau hendak mengenali orang,
Sekalipun kita tidak kenal dia,
Kalau kita berjumpa dia dengar sahaja dia berkata-kata,
Cukup sejam sahaja,
Kita kenal siapa dia.

-ilmu hikmah Sheikh Imam Ashaari Muhammad AtTamimi-

keindahan seorang wanita

July 29th, 2006 by adorerdieu

KEINDAHAN DAN KECANTIKAN SEORANG WANITA
_La Beaute reel d’une femme_

Malu pada seorang wanita itu sebenarnya di situlah letaknya keindahan
dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada
Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali perlu sahaja
Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang
atau memuji-muji diri dan keturunannya
Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan bahkan istiqamah ibadahnya
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga, macam menjaga keluarganya
Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita
yang boleh dipercaya
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka  dengan suaminya
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik, “Abang ke mana? Dari mana?
Buat apa di sana? Mengapa lambat balik?”
Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya, kalau dia bersalah cepat meminta maaf dengan suaminya
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang
dengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita
Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang

-khazanah Minda Al Fata AtTamimi-

Tuhan Isytihar Perang..

July 25th, 2006 by adorerdieu

Di akhir zaman ramai manusia yang pandai-pandai

Mereka pandai, dipandaikan oleh Tuhan

Tetapi mereka melupakan Tuhan

Orang yang melupakan Tuhan, dirinya menjadi Tuhan

walaupun tidak dilafazkan

maka Tuhan isytihr perang terhadap mereka yang pandai tetapi melupakan Tuhan

Tuhan hantar tentera angin untuk memusnahkan

Tuhan hantar tentera air untuk merosakkan

Tuhan hantar tentera gempa untuk menghancurkan bangunan

Tuhan hantarkan tentera yang sangat halus yang dikatakan kuman

Tentera kuman ini lebih memusnahkan mereka

Yang sudah melupakan Tuhan

Tentera ini tidak memusnahkan bangunan

Tetapi memusnahkan insan

Melalui tentera-tentera kuman ini, lahirlah penyakit-penyakit :

HIV, AIDS sakit jantung, kencing manis, barah, paru-pru berair dan lain-lain

Yang menakutkan dan mematikan

Datang lagi tentera-tentera Tuhan

Selesma burung (flu burung) namanya yang sangat menakutkan

Tuhan arahkan tentera nyamuk memusnahkan manusia, pnyakit "denggi" (DBD) namanya

Yang lebih cepat manusia terkorban

Dimana kepandaian manusia nak melawan kepandaian Tuhan??

Dimana kuasa manusia nak melawan kuasa Tuhan??

Tentera ini ia menyerang tidak mengenal bangsa

Bangsa yang kuat macam Amerika turut kena serang

tetapi tentera Tuhan ini mereka tidak dapat menghalang

Setiap hari manusia yang pandai-pandai pening kepala

Bila berhadapan dengan tentera Tuhan

Sekarang ini manusia di dalam ketakutan

macam tentera Tuhan menyerang

mereka tidak dapat melawan

Tapi manusia belum lagi insyaf dan surrender kepada Tuhan

mereka cuba cari jalan

Untuk mengatasi serangan Tuhan

Tapi makin mereka cari jalan mengatasi

maka tentera Tuhan makin galak menyerang

Keadaan ini Tuhan terus menyerang

menghantar tentera dengan berbagai-bagai jenis

yang tak dapat dihalang

Hingga lahirlah Imamul Mahdi

Orang simpanan Tuhan untuk akhirzaman

Barulah Tuhan meredakan terhadap insan

_Wali Agung Sheikhil Imamil Ashaari Ibni Muhammad AtTamimi_…

Ingatan dari Tuhan..

July 25th, 2006 by adorerdieu

TUHAN BERI PERINGATAN, MANUSIA MASIH BELUM SADAR….

Saya terlebih dahulu mengucapkan takziah dan rasa simpati yang amat dalam kepada seluruh korban yang meninggal dan menderita akibat Tsunami kedua ini. Saya doakan kematian itu adalah husnulkhatimah bagi yang muslim. Kepada yang masih hidup moga-moga mendapat ketenangan di dalam ujian Tuhan. Sebenarnya Tuhan bermaksud baik dengan Tsunami yang ditaqdirkan-Nya itu. Sekiranya kata-kata ini dan ulasan saya menyakitkan hati pembaca, saya mohon ampun dan maaf. Kebenaran itu sekalipun pahit wajib diperkatakan.

26 Desember 2004 adalah ketibaan Tsunami I di mana seluruh dunia terkejut dengan Tsunami yang mempamerkan diri yang maha dahsyatnya, amat mengerikan dan cukup menakutkan. Mayat-mayat bergelimpangan sepanjang Asia oleh sentuhan 10 menitnya! Tiba-tiba saja marah, meledak, menyerang, mengamuk, menggelepur hingga memusnahkan harta benda, mencacatkan manusia dan Tsunami, sebuah universitas baru muncul yang sangat mengajarkan manusia agar takut dengan Tuhan. Perasaan takut dengan Tuhan sebenarnya adalah ‘degree’ yang sangat diperlukan setiap insan. Mengapa?

Sebab logiknya begini. Seorang hamba di istana raja yang paling beruntung ialah hamba yang paling takutkan dan cintakan rajanya. Betul tidak? Dan sesungguhnya seorang hamba Tuhan yang menumpang di bumi-Nya yang paling akan berbahagia ialah yang paling takutkan Tuhan. Selain karena ia akan berjaya mematuhi segala undang-undang bilamana ia begitu berhati-hati dan takut yang menyebabkan Tuhan paling sayangkannya adalah karena ia merujuk kepada kata-kata Tuhan itu sendiri.

Kenapa Tuhan datangkan Tsunami kedua pula? Kita bertanya langsung dengan Tuan yang empunyanya, mengapa Tsunami II dilepaskan, Tuhan pun menjawab, alam kalau mau menguburkan sesuatu kaum dan bangsa akan memulakannya dengan menggoncang kuasa politiknya, menjatuhkan ekonominya lalu akhirnya didatangkanlah bencana besar yang mampu menjungkitbalikkan penduduknya, maka hancurlah mereka.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibu kota seorang Rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Dan tidak pernah pula Kami membinasakan kota-kota kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (Al Qashash: 59)

Dari Tsunami I, kita patut berterima kasih karena mengajarkan kita arti hidup. Kita seharusnya sudah berasa insaf dengan didikan Tsunami I. Kita seharusnya sudah mengubah kehidupan kita kepada satu hala tuju yang benar-benar menjadi destinasi hidup. Penangan Tsunami pertama sekalipun cuma 10 menit, cukup untuk membuatkan manusia mampu berkata:
“Tuhanku, kalau beginilah sudahnya, aku tiada pilihan melainkan menjadikan hidup semata-mata untuk mencari keredhaan-Mu dan keampunan-Mu. Aku sangat takut dengan kemurkaan-Mu yang tidak mampu dihalang walau oleh sebuah kuasa dunia. Aku takut dengan Neraka-Mu. Ya Allah, selamatkan aku!”

Tapi wahai Tsunami Tuhan, ramai manusia yang tidak suka denganmu. Mereka marah-marah dengan berbagai kata nista melalui belragai bahasa, gaya dan iramanya. Kritikan dan kebencian padamu terasa sekali dan begitu jelas di dada-dada media. Mereka menilaimu jahat dan tak berguna sama sekali. Namun ketahuilah dan percayalah bahwa ramai yang akur padamu.

Wahai Tuhan, tuan punya Tsunami II; izinkanlah saya menilai Tsunami-Mu begini:
Tsunami II juga tidak bersalah sedikit pun. Masa kan Tuhan bersalah? Sesungguhnya Tuhan Maha Adil, Sangat Pengasih Penyayang, Maha Lemah Lembut dan Sopan Santun sekali. Tuhan lahirkan setiap hamba-Nya ke bumi dengan nama-Nya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Cuma si hamba tidak perasan agaknya bahwa dia tercipta dari sebuah kasih sayang yang teramat besar dari Penciptanya. Kalaulah manusia tahu perihal cinta Tuhan ini, tentunya dia tidak sanggup melupakan Tuhannya itu setiap saat nafasnya. Oksigen yang dihirup setiap saat itu adalah kiriman kasih sayang dari Zat Tuhan kepada hamba-Nya. Sepatutnya hidupnya akan dihabiskan untuk Tuhannya itulah semata-mata. Tapi sayang manusia mensia-siakan cinta itu dan marah bila Tuhan menarik cintanya.

Sayang manusia tidak diajarkan itu semuanya, bahkan dia hidup pun dalam keadaan tidak tahu di manakah Tuhan itu hendak diletakkan dalam hidupnya. Jadilah Tuhan itu kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada, kadang-kadang perlu, kadang-kadang tidak perlu bahkan kadang-kadang percaya, kadang-kadang tidak percaya. Boleh saja manusia mengkritik Tuhan dan dikatakanlah Tuhan itu sesuka hatinya.

Wahai Tuhan kepada Tsunami II,
Maka demi tanggungjawab dan demi kasih sayang-Mu, Engkau sudah memberi peringatanMu kepada mereka dengan Tsunami I, baru dua tahun lalu tetapi mereka masih tidak takut pada-Mu. Kau perkenalkan diri-Mu dengan Tsunami I tetapi mereka macam biasa-biasa saja. Maka untuk itu, dibuat kejutan lagi agar manusia sadar dan kembali kepada-Mu. Adillah sungguh perbuatan tunjuk kuasa oleh-Mu Tuhan kepada makhluk yang sudah tidak kenal kasih sayang-Mu karena hidup yang tidak kenal diri dan tidak kenal Tuhan itu lebih bahaya dari kematian yang bergelimpangan.

Kalau manusialah ada orang yang sudah diberi surat amaran tetapi masih lagi tidak membuat apa-apa perubahan, maka sudah tentu diberhentikan kerja serta-merta. Peringatan 24 jam buang kerja. Tapi Tuhan Maha Sabar tunggu dia beri peringatan lagi dua tahun baru bertindak. Sebab Tuhan sifat-Nya tidak tercabar.

Sesungguhnya Tuhan tidak bersalah dengan Tsunami I dan II dan sesiapa pun tidak patut dipersalahkan. Kuasa Tuhan itu bila Dia hendak jadikan sesuatu janganlah dikesalkan karena tidak ada siapa pun mampu menghalangnya. Tujuannya bukan untuk menganiaya, cuma untuk membuatkan kita manusia sadar bahwa kita yang menzalimi diri sendiri.

Sebagai contoh, Tuhan hendak takdirkan hujan berlaku tanpa dapat dikesan oleh pusat ramalan hujan. Maka Tuhan lakukanlah kejadian-kejadian kepada manusia-manusia di pusat kaji cuaca itu yang membuatkan mereka tidak mampu mengesan hujan yang akan turun itu. Di hari lain Tuhan hendak takdirkan pula hujan turun dan dapat dikesan oleh manusia. Maka berlakulah dengan izin Tuhan, pusat ramalan boleh mengesan hujan yang akan turun.

Artinya turunnya hujan dan dapat mengesan atau tidak dapat mengesan itu semuanya berlaku dengan kuasa Tuhan. Janganlah hendaknya orang Islam beriktikad bahwa kejadian Tsunami itu kerja Tuhan, tapi manusia tidak boleh mengesan lebih dahulu itu bukan kerja Tuhan. Seolah-olahnya dia berfikir manusia ada kuasa untuk menentang kuasa Tuhan karena kuasa manusia itu bebas dari kuasa Tuhan. Dengan kata lain kalaulah manusia tidak tersilap pada hari itu nescaya kerusakan oleh Tsunami I dan II tidak begitu besar. Iktikad itu salah sekali. Berbagai-bagai usaha dibuat manusia untuk mengesan agar bencana Tsumani II dapat dikesan lebih awal untuk mengelakkan kehilangan nyawa manusia namun kita perlu ingat bahwa usaha-usaha yang Tuhan perintahkan itupun adalah tertakluk pada kuasa dan keizinan Tuhan. Takkan pula kita berfikir bahawa kuasa untuk berusaha yang ada pada manusia itu di luar kuasa Tuhan. Waliyazubillah.

Tsunami adalah hadiah terbaik untuk zaman ini. Hadiah yang cukup tinggi nilai-nilai kebaikan, yang cukup menguntungkan sekiranya pandai dimanfaatkan.

Kematian dan bencana yang begitu banyak dan besar adalah patut. Sebab setiap yang hidup perlu mati. Cara mati adalah sesuatu yang tidak boleh dirancang. Sebagai hamba, kita hanya kena setuju dengan keputusan Tuhan untuk mematikan kita bila dan bagaimana. Kalau takdirnya nanti kita mati dalam laut dan tidak boleh dijumpai, siapa pun tidak boleh persalahkan sesiapa. Mahkamah pun tidak boleh digunakan. Nanti bila dunia dikiamatkan, lagilah tiada siapa boleh uruskan mayat siapa-siapa. Semuanya keputusan muktamad Tuhan yang tidak boleh tidak. Moga-moga manusia faham tentang Tuhan ini. Moga-moga manusia boleh berfikir begini:

“Rupanya Tuhan itu sangat sabarnya sehingga 40 tahun sekali baru dihukum hamba-hamba-Nya yang tidak kisah dengan-Nya. Sedangkan kekasih-kekasih-Nya, para Nabi dan para Rasul selalu kena ujian yang teruk. Jadi kalau aku tidak boleh terimalah hukuman yang satu ini, jahat sungguhlah aku ini dan jauhlah dari menjadi kekasih Tuhan. Tentu marah lagilah Tuhan dengan aku dan manusia-manusia seperti aku ini.”

_Sheikh Imam Ashaari Muhammad AtTamimi_

Mawaddah dn piala dunia?

June 14th, 2006 by adorerdieu

Abuya,,,,

Abuya Sheikh Imam Ashaari At-Tamimi, chairman Rufaqa’ Corp.Sdn.Bhd mengutuskan anak2 didiknya Mawaddah yang berjumlah kurang lebih belasan orang, tuk promosikan Tuhan melalui sajak-sajak Ust. Ashaari Muhammad yang dinasyidkan oleh tim nasyid Mawaddah, di Eropa…
sungguh suatu hal yang amat berlainan sekali, pada saat orang-orang sibuk dengan piala dunia di jerman, Mawaddah hadir di Jerman untuk menghiburkan manusia melalui nasyid2 yang mengajak manusia untuk kenal, cinta dan takutkan Tuhan.. bukan sekedar itu, bahkan anak-anak Abuya yang masih kecil lagi, Fathiyah dan Mubarokah, mereka dapat tampil di hadapan banyak orang di Jerman sana untuk mengenalkan manusia kepada Allah Cinta Agung..
sesungguhnya apa yang diperlukan manusia pada hari ini adalah pemimpin piliihan Tuhan yang dapat membawa manusia kembali kepada Allah Ta’ala, Tuhan Yang Maha Agung.. selagi manusia tidak kenal dengan pemimpin pilihan Tuhan, selama itu pula masalah di dunia ini tidak akan terselesaikan.. karena hanya dengan pemimpin sejati penghubung antara manusia dan Tuhan tu lah kita dapat selamat sampai pada Tuhan, dan dapat menjadi negara aman makmur yang mendapat keampunan Allah.
baiknya Tuhan masih sadarkan kita lagi di dunia ni, gempa yang Tuhan antar ke jogja, kebocoran gas dan adanya lumpur yang terjadi di jawa Timur, semuanya bukan Tuhan datangkan begitu saja, tentu ada yang Tuhan mau sadarkan kita dari tentara-tentara yang Tuhan kirim itu… marilah kita merujuk kepada pemimpin, mujaddid yang Tuhan telah utus ia untuk menjaga bara api Islam, dialah Al Fata AtTamimi, Abuya Sheikh Imam Ashaari AtTamimi, ia lah yang akan membangunkan kebangkitan Islam kali kedua, yang tidak lama lagi, ini janji Tuhan melalui lidah Rasulullah.. siapakah lagi yang lebih menepati janjinya selain Tuhan?
Maha Suci Tuhan daripada berdusta..

ketika Abuya ingin sekali cinta mencintai dengan Tuhan…

June 7th, 2006 by adorerdieu

Ya ALLAH
Engkau kenalkan bahwa Engkau adalah Tuhan,
aku bangga Ya ALLAH Engkau adalah Tuhanku

aku sembah Engkau selalu tidak jemu jemu
janganlah masukkan ke dalam hatiku jemu menyembahMu

Ya ALLAH
aku redha Engkau adalah Tuhanku
jangan Engkau tukar redhaku kepada selainMu
aku harap engkau juga redha denganku
redha - meredhai lah kita berdua hingga bertemu

Ya ALLAH
aku berlindung dengan Engkau dari ber Tuhan kan selainMu
Engkau sudah cukup bagiku sebagai Tuhan
memiliki Engkau aku merasa bahagia
jangan Engkau jadikan aku memilki selainMu

Tuhan
karena kelemahanku, aku tidak dapat mencintaiMu, tapi tidak benci
walaupun begitu, jangan pula Engkau tidak mencintai aku
aku coba mencintaiMu Tuhan
tapi belum menjadi kenyataan

dengan RahmatMu Tuhan
anugerahkanlah rasa cintaku kepadaMu
dan juga cintaMu kepadaku
kuharap kita cinta - mencintai
kita berdua cinta - mencintai biarlah kekal abadi
hingga bertemu

i

nilah rasa hati Abuya terhadap Tuhan.. yang teramat sangat hanya menginginkan cinta Tuhan saja, Abuya ingin Tuhan lah yang ada di dalam hati Abuya,,, maka patutlah karena rasa hatinya yang begitu rupa, Abuyaa dapat buat sajak macam ni… kita ni? yah masih sekedar senang saja dengan sajak yang dinasyidkan oleh mawaddah ni… belum lagi cinta dengan Tuhan..

karena cinta Tuhan tak sama dengan cinta makhluk.. cinta Tuhan artinya kita sanggup kena uji.. begitulah, karena Tuhan hendak bagi balasan pada kekashNya itu di akherat bukan di dunia.. begitulah kalau kita faham dengan kerja Tuhan,, tentu kita akan terhibur dengan segala kesusahan y menimpa diri kita… ampun Abuya.. Tuhan,,

rasa hati Abuya….

May 23rd, 2006 by adorerdieu

RASA HATI ABUYA

Hatiku tidak susah diwaktu aku dihina

Aku tidak bersedih di waktu aku menderita

Aku tidak sedih diwaktu aku disisih

Jiwaku tidak menderita

Ketika aku ditohmah dan difitnah

Aku tahu itu semua penghapusan dosa

Tapi aku sedihkan dosa-dosa  yang aku lakukan

Orang yang sepertiku ini

Sudah pasti tidak terlepas dari padanya

Yang aku sedihkan kesalahan dan kesilapanku

Akan dosa-dosaku

Itu setiap hari memburuku

Aku takut pintu syurga tertutup buatku

Pintu neraka terbuka untukku

Aduh Tuhan, tidak ada erti kekayaan

Kalau dosa tidak diampunkan

Itulah yang menganggu selalu wahai Tuhan

Jiwaku tidak tenang dibuat oleh dosa

Dosa-dosa itulah yang menganggu fikiranku

Tuhan, Maafkan aku

Tuhan, Ampunkanlah aku

Kalaupun bukan dengan RahmatMu

Tapi dengan kemaafanMu

Rasa hati Abuya ketika melihat kesusahan

Aku mengharap Tuhan agar diizinkan

Bila ada orang yang ditimpa Dengan kesusahan

Terutamanya kawan-kawan seperjuanganku

Aku rasa bersalah tidak dapat memberi bantuan

Kalau ada orang yang miskin

Aku berdoa di dalam hatiku

jangan Engkau bertindak ke atasku

Diatas kesusahan mereka

Kalau kawan-kawanku mendapat nikmat dariMu

Aku turut rasa gembira seolah aku mendapat nikmat itu

Bila ada orang mencaci ku ataupun menghina diriku

Bukan hati tidak sakit tapi aku buat tak tahu

Atau buat tak peduli Atau dilupakan saja

Supaya sakit hatiku tidak berpanjangan

Kerana sakit hati itu fitrah semula jadi

Sekali sekala terutama selepas tahajud

Kudoakan kebaikan buat mereka

Jadi aku memaksa hatiku tak berdendam dengan mereka

Makin banyak ku mendengar orang menghina diriku

Kerja aku bertambah lagi menjadikan aku mendoakan mereka

Agar mereka dapat Petunjuk dari Tuhan

Untuk memujuk hatiku Supaya aku tak sakit hati

Aku bermujahadah Agar aku dapat mengikut sunnah nabi yang

Sentiasa mendoakan musuh dapat petunjuk

Rasa hati Abuya sepanjang hari..

Yang paling ku takutkan setiap hari berlaku

Aku syirik dengan Tuhanku Lagi jiwaku terganggu

Bila aku berpakaian, menaiki kenderaan atau menghadap hidangan Terbayang di fikiranku banyak orang yang terlibat

Dalam menyediakannya Aku merasa berdosa Aku merasa berdosa Kalau tidak mendoakannya

Disaat ku ingin tidur kuat ingatanku kepada Tuhan

Aku takut kalau ku mati Didalam kelalaian

Bila aku bangun tidur Aku merasa berdosa

Kalau tak bersyukur kepada Tuhan

Selepas itu aku berniat pada  Tuhan Kalau aku di hari itu masih dihidupkan Tuhan

Aku berjanji dengan Tuhan Akan membuat kebaikkan

Yang sifat habluminallah Mahu pun habluminannas

Inilah janjiku kepada Tuhan

nah, ini sajak Abuya…Aku ingin belajar dengan diriku sendiri

May 9th, 2006 by adorerdieu

Tuhan, aku ingin belajar dengan diriku sendiri

Ajarkanlah aku agar aku dapat ilmu dari kejadianku ini

Aku kaji diri lahirku, aku renung diri batinku

Aku nilai akal fikiranku, kekuatannya, bagaimana ia mendapatkan ilmu,

bagaimana ia memproses ilmu

Cara mana dia menyimpan ilmu dan maklumat yang didapati

dan bagaimana ia mengeluarkan ilmu dan maklumat itu

Waktu bila ia terangsang menerima ilmu dan maklumat dari yang dilihat,

didengar, disentuh dan dirasa

Ketika bila pula ia terangsang mengeluarkan ilmu dan maklumat yang tersimpan itu

Kemudian aku belajar perjalanan nafsu dan peranannya, kehendak-kehendaknya

bila ia merangsang, akibatnya, baik buruknya dan kesannya

Aku kaji juga hatiku atau jiwaku, perasaan yang mendatang silih berganti selalu peranannya dan kesannya

Aku kaji jasad lahirku, keadaannya, peranannya, waktu sakit, waktu sihat

Tuhanku rupanya setiap kejadian yang berlaku pada diriku lahir dan batin,

ada hikmah yang tersembunyi

Segala-galanya yang terjadi adalah didikan bagiku

Samada yang berlaku itu nampaknya positif mahupun negeriatif

ada rahsia yang tersirat  ia sungguh seni

Aku nilai dengan basirahku secara halus dan teliti semuanya baik bagiku

Lantas aku faham dan mengerti mengapa Engkau lakukan kepadaku

Adakalanya aku senang, adakalanya aku susah

Ada

ketikanya aku sihat ada waktunya aku sakit

Adakalanya badanku letih ada waktu badanku gagah dan cergas

Aku kaji perjalanan hatiku selalu, perasaannya silih berganti

Ada

masa aku miskin ada masa tiba-tiba aku kaya

Dan berbagai-bagai lagi keadaan yang berlaku pada silih berganti terutama perasaan hati

Adakalanya aku sedih adakalanya aku gembira

Adakalanya aku benci adakalanya aku suka

Adakalanya hatiku resah gelisah, adakalanya hatiku tenang dan senang

Adakalanya hatiku rasa marah adakalanya hatiku rasa lapang dada

Adakalanya hatiku rasa jijik, adakalanya hatiku rasa biasa sahaja

Adakalanya hatiku pilu adakalanya hatiku riang dan ceria

Adakalanya hatiku rasa malu adakalanya biasa sahaja

Adakalanya aku rasa takut ada ketikanya aku rasa berani

Adakalanya hatiku rasa curiga adakalanya hatiku rasa percaya

Di sini sungguh banyak ilmu yang aku dapat, di sini sungguh banyak rahsia diriku

dari-Mu yang aku gali

Rupanya sifat yang sering berubah pada diriku itu menyedarkan aku,

bahawa aku adalah hamba-Mu

Kerana sifat hamba atau makhluk adalah berubah-ubah selalu

Di sini aku faham lagi bahawa sifat hamba itu tidak sempurna sentiasa baru

Rupanya aku hamba-Mu menerima ketentuan dari-Mu

Sungguh Engkau Maha Pentadbir termasuk diriku

Aku faham lagi bahawa aku lemah, hamba memanglah lemah,

agar aku selalu bergantung dengan-Mu

Dan seterusnya aku faham apa yang berlaku kepada diriku bukan kehendak aku

Rupanya segala-galanya yang berlaku pada diriku adalah kehendak-Mu

Di sini menunjukkan kelemahanku lagi bahawa sedikit pun aku tidak ada kuasa pada diriku walaupun sebesar habuk atau sebesar debu

Kuasa-Mulah sepenuhnya yang berlaku pada diriku tidak campurtangan sedikit dariku

Kehendak-kehendak-Mulah yang terjadi ke atas diriku

Menjadikan aku takut kepada-Mu, rupanya takut aku itu kepada-Mu

itulah yang Engkau mahu

Aku renung lagi kejadian yang berlaku kepada diriku apakah rahsianya kejadian itu

Rupanya di waktu susah dan berlaku bala, agar aku sabar supaya aku dapat pahala sabar

Di masa-masa yang lain aku senang, sihat, kaya, agar aku bersyukur

supaya aku dapat pahala syukur

Itulah yang Engkau mahu dariku

Supaya aku dapat kekalkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan

Hikmah yang lain aku dapat faham supaya aku tidak sombong, tidak riyak,

tidak megah, tidak bakhil, tidak tamak

Sifat-sifat itu adalah Engkau benci

Aku faham agar aku tidak di dalam kemurkaan-Mu

Begitulah yang aku faham, terima kasih Tuhan Engkau beri aku faham tentang diriku

Setelah aku kaji, renung, analisa diriku lahir dan batinnya

sungguh banyak ilmu yang aku dapat dari diriku ini

Sungguh ajaib dan menghairankanku

Di dalam diriku ada berbagai ilmu, bahkan lautan ilmu, ada ilmu hikmah,

ada ilmu tauhid, ada ilmu syariat, ada ilmu tasawuf, ada ilmu akhlak

Ada

ilmu yang tersurat, ada ilmu yang tersirat, ada ilmu falsafah, ada ilmu manusia,

ada ilmu saikologi, ada ilmu biologi

Ada

benih baik, ada benih buruk, terpulang kepada kita yang mana kita hendak suburkan

Patutlah Tuhan mengingatkan kita di dalam satu ayat Al Quran yang berbunyi:

“Di dalam diri kamu apakah kamu tidak menganalisanya.”

Hadis juga ada berkata: “Barangsiapa mengenal dirinya nescaya dia mengenal Tuhannya.”

Ertinya kalau kita perhatikan tentang diri kita sendiri

Kita akan mendapat berbagai-bagai ilmu, kita akan takut Tuhan,

kita akan cinta kepada-Nya, kita akan sentiasa rasa bertuhan, kita akan rasa kehambaan

Kita akan mendapat sifat taqwa

Sifat taqwa adalah bekalan kita ke Akhirat

Itulah dia keselamatan kita dunia Akhirat

Rupanya di dalam diri kita penuh dengan lautan ilmu kalau kita perhatikan

Maha Suci Engkau Tuhan, Maha Besar Engkau, sungguh berkuasa Engkau

par Abuyaku yang dikasihi Tuhan…

Ooo Dieu….

May 4th, 2006 by adorerdieu

Dieu….. Dieu ku…Tuhanku…

quelques jours derniers, je me sens qu”il y a bcp de choses qui se luttent dans mon coeur.. quel triste… actuellement je veux ecrire bcp de choses ici, pourque je puisse tellement dire ce que je sens,,, mais.. ce n’est pas facile de dire le sentiment du coeur… n’est ce pas…

la seule chose ce que je remercie a Dieu est, merci Dieu pour m’a donne un person special.. tres special dans ma vie.. un homme qui me guide la rue de verite.. un homme qui me fait connaitre a Toi… Dieu, je ne veux pas le perdre… jamais… parceque sans Abuya, je ne sais pas comment je peux trouver la verite dans la vie.. comment je peux etre dans un bon comportement a Toi, san mon Abuya…

alors, Dieu.. tu le gardes, sa famille et le jemaah…

merci Dieu pour les choses que Tu m’a donne deja…

pardonnes-moi….

cher RSAW…

April 17th, 2006 by adorerdieu

assalamu’alaka Ya Rasulullah, Habiballah, pemimpin manusia menuju Tuhan.. bulan penuh rahmat Rasulullah kepada semua insan.. (agak basi nih, Maulid dah lama  dah..) tapi ga apa lah, mengingati rasulullah bukan hanya ketika maulid saja, setiap saat mesti ingat dengan Rasulullah krna jasanya yg besar kepada dunia, moga Allah memeliharanya, keluarga dan para sahabatnya..

abuyaku baru saja bercerita tentang Rasulullah, ternyata memanglah sangat tak ada cacat cela sedikit pun pada manusia agung itu.. tapi selama ini tk mengingatinya.. patutlah umat Islam hari ini bagai debu bertempiaran.. krna Rasulullah tk dihayati, tk dibawa dalam kehidupan. padahal karenanya kita islam, karenanya kita selamat.. Rasulullah dan ahlul bait adalah saluran rahmat Tuhan yang terbesar.. pada mereka Tuhan menaruh pandangannya.. rahmat Tuhan amat diperlukan, karenanya kita selamat, bukan karena pahala atau amal kebaikan. mendoakan Rasulullah melalui sholawat dan ingatan kepadanya dengan rasa hati yang menhayati akan menjatuhkan rahmat Tuhan. Sayidina Ali K.Wjh, manusia mulia didikan Rasulullah yg amat gigih berjuang, hidup mati u Allah dan rasulNya. sangat pemurah, padahal tiada apa yang ia miliki, sentiasa membagikan makanan kepada para tetangga, walau terkadang beliau hanya makan sebelah biji kurma, bapak kasih sayang di zamannya. sami’na wa atho’na nya dengan Rasulullah ktika menggantikan Baginda di atas kasur ketika kaum kafir Quraisy akan membunuh Rasulullah, berbagai derita Sayyidina Ali tempuhi demi membuktikan keikhlasan dalam perjuangan Tuhan. dia kecintaan Allah dan RasulNya, yang telah Tuhan nikahkan ia di langit dengan Sayuidatina Fatimah, sebelum pernikahan mereka di bumi. Sayidatina Fatimah, wanita luar biasa, kesayangan Rasulullah. wanita yang amat menjaga diri, yang menempuhi penderitaan dalam kehidupannya, tapi tdk pernah ada keluhan walau sedikit. sangat mencintai Rasulullah dan mampu meletakkan Rasulullah sebagai pemimpin, bukan sekedar ayah.. dialah yangpertama menyusul Rasulullah, 5 bulan setelah baginda wafat.. ia melahirkan zuriat2 yang amat dicintai Rasulullah yakni Saydina hasan dan husein, penerus2 perjuangan baginda yang mulia.. juga siti zaenab, cucu Rasulullah yang bungsu…

andaikata wujud kehidupan seperti itu di zaman ini.. tapi memang melalui janjiNya Tuhan akan menjadikan kembali dunia ini damai di bawah naungan Islam, manusia berkasih sayang, bersatu atas dasar Tuhan… datangnya penyelamat dunia yang menaungi manusia dibawah ajaran Tuhan…

dengan syarat kita membaiki diri, banyak taubat.. dan carilah pemimpin yang dijanjikan itu….mursyid, mujaddid, sulthanul aulia’ Al Fata Attamimi.. dia sudah tiba! bukan sekedar cakap2 belaka, tapi Rasulullah telah bersabda: akan sentiasa ada di kalangan umatku, thoifah yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dapat dimudharatkan oleh musuh, hingga datang ketentuan Tuhan.

tagihlah janji Tuhan tu….

dunia hanya kesenangan belaka, sedangkan akhirat kekal abadi, apa yang dibawa kesana, bersiaplah disini, karena disana, segalanya tidak dapat lagi diperbaiki…

tentara2 Tuhan melalui alam, gunung2 berapi yang tengah aktif dan siaga1 apakah tdk cukup menjadi tanda bagi kita untuk segera kembali pada Tuhan?

mari bersama2 kita usahakan taqwa untuk mendapat bantuan Tuhan, mendapatkan kegemilangan hidup dunia dan diakhirat dalam rahmat dan redho Tuhan